Xiaomi Dilaporkan Membuang 15% Tenaga Kerja

Tahun 2021 ialah tahun kegemilangan teknologi dengan permintaan untuk peranti meningkat kerana ramai berkurung di rumah. Dengan dunia semakin terbuka pasca pandemik, permintaan mula kembali ke tahap pra-pandemik dan impaknya boleh dilihat sekarang. Menurut laporan South China Morning Post, Xiaomi telah membuang sehingga 15% tenaga kerja mereka hari ini.

Pada waktu ini Xiaomi mempunyai hampir 36,000 kakitangan di seluruh dunia. Impak permintaan terhadap peranti pintar yang berkurangan serta penangan Covid-19 yang masih belum berjaya ditangani di China memaksa syarikat yang diberi nama jolokan “Apple China” membuang ribuan pekerja mereka.

Sebelum ini kami melaporkan Black Shark yang merupakan anak syarikat Xiaomi telah membuang 50% tenaga kerja kerana ia gagal dijual kepada Tencent. Ini adalah sebab utama tiada peranti Black Shark baharu diumumkan pada H2 2022.

Nasib Xiaomi berubah disebabkan oleh faktor ekonomi. Dengan CEO Lei Jun kini memberikan tumpuan kepada pembangunan kereta elektrik pertama mereka, tidak diketahui sejauh manakah ia akan memberikan impak terhadap masa depan jangka panjang Xiaomi.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button