Xiaomi Mini PC Dilancarkan Dengan Intel Core-i5, 16GB RAM Dan Rekaan Kompak

Xiaomi Mini PC dilancarkan semalam sebagai komputer kompak yang menjimatkan ruang di meja kerja. Seperti imej yang tertiris ke arena web sebelum ini, Mini PC hadir dalam bentuk tubuh berbentuk kiub yang diperbuat daripada bahan aluminium. Tidak dapat dinafikan ia mirip dengan sebuah Mac Mini dan speaker kecil yang dilancarkan oleh Xiaomi pada Ogos lalu.

Mini PC dilengkapi cip Intel Core-i5 Gen-12, memori 16GB DDR4 RAM, storan 512GB PCIe 4.0 VVMe SSD dan grafik Intel Iris Xe. Pilihan I/O pula ialah 2x Thunderbolt 4, 3x USB 3.0 Gen 2, 1x USB 2.0, LAN dan bicu audio 3.5mm. Sambungan kepada rangkaian WiFi 6 dan juga bluetooth 5.3 juga turut disertakan.

Kesemua komponen ini dimasukkan ke dalam kerangka sebesar 112 x 112 x 38 mm dan sebesar 437 gram sahaja. Sistem operasi terpasang ialah Windows 11 Home Edition. Di China Xiaomi Mini PC dijual pada harga RMB3999 (~RM2533) sebuah

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button