Xiaomi Sound Pro Adalah Pembesar Suara Premium Dengan Teknologi Harman AudioEFX

Xiaomi memperkenalkan sebuah lagi pembesar suara pintar dikenali sebagai Xiaomi Sound Pro. Ia menggunakan audio yang ditala oleh Harman AudioFX untuk pengalaman audio berkualiti tinggi.

Sebanyak 7-unit sistem pembesar suara digunakan yang terdiri daripada 3 pembesar suara utama jarak jauh, 3-unit radiator pasif dan sokongan sub-woofer serba baharu. Turut disertakan adalah kebolehan memancarkan audio secara 360 darjah dan sokongan algoritma Nightingale untuk kesan bunyi yang boleh dilaras mengikut kesesuaian menerusi aplikasi Xiaomi Speaker APP.

Dari segi reka bentuk pula, ianya bersaiz kecil dengan tubuh sekitar 4-inci. Pada bahagian atasnya adalah lutsinar dengan sokongan pencahayaan ambien yang boleh berubah-ubah mengikut rentak muzik yang sedang dimainkan.

Xioami Sound Pro dijual di China pada RMB999 (~RM632) dan tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button