Xiaomi TV Stick 4K Kini Di Malaysia Pada Harga RM219

Xiaomi kini telah membawa masuk satu lagi peranti baharu yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu Xiaomi TV Stick 4K. Ia telah diperkenalkan di China pada bulan Disember 2021, dan kini hadir ke pasaran tempatan selepas selang setahun.

Xiaomi TV Stick 4K membolehkan televisyen diubah kepada televisyen pintar, serta mengakses sejumlah aplikasi dan perkhidmatan melalui kaca televisyen. Dongel ini menggunakan HDMI dan port microUSB untuk kuasa.

Xiaomi TV Stick 4K ini dijana dengan sistem operasi Android TV 11, selain turut menyokong Google Assistant. Disamping itu, alat kawalannya juga turut hadir dengan butang akses pantas ke Netflix dan juga Prime Video.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Xiaomi TV Stick 4K ini pada harga RM219 melalui pengedar rasmi Xiaomi seluruh negara.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button