Xiaomi Watch S2 Dilancarkan Dengan Ciri Mengukur Komposisi Tubuh

Xiaomi Watch S2 telah diumumkan secara rasmi di China, sekaligus menjadi variasi kemaskini baharu buat peranti boleh pakai oleh Xioami. Ia didatangkan dengan kerangka berbentuk bulat sejenis logam yang dipadankan bersama pelindungan kaca Sapphire. Turut disertakan adalah dua butang fizikal berbentuk bujur pada sisi kanan untuk kawalan lebih pelbagai pada jam tangan.

Terdapat dua variasi saiz yang disediakan iaitu 42mm dengan skrin sebesar 1.32-inci. Sementara itu, model 46mm pula mempunyai skrin bersaiz 1.42-inci. Kedua-duanya turut memuatkan panel AMOLED beresolusi 466 X 466 piksel dengan kebolehan ciri Always-On-Display.

Sensor kesihatan dan kecergaran yang disertakan juga adalah pelbagai. Ia merangkumi kebolehan pengecasan degupan jantung, kadar tekanan harian, pemantauan oksigen dalam darah dan penjejakan pola tidur. Selain itu, ia juga disertakan dengan ciri pengukuran komposisi badan yang mampu mengukur sehingga 8 jenia data kesihatan badan termasuklah lemak, jisim rangka otot dan protein.

Ciri penjejakan serba baharu turut disertakan, di mana pengguna boleh menghantar mesej kecemasan menerusi kekunci pantas terbina pada jam tangan. Ciri panggilan bluetooth turut disokongan kerana adanya mikrofon dan pembesar suara terbina. Ia juga boleh digunakan untuk menyeru pembantu maya XiaoAI.

Bateri 500mAh yang digunakan mampu bertahan sehingga 12 hari penggunaan, dalam masa sama ciri rintangan air 5ATM juga disediakan sebagai pelindungan tambahan. Lain-lain spesifikasi termasuk GPS, Beidou, GLONASS, sokongan bluetooth 5.2 dan menjalankan MIUI Watch yang juga menyokong aplikasi pihak ketiga.

Untuk harga, Xiaomi Watch S2 dijual di China pada RMB999 (~RM632) (42mm), sementara itu tali jenis kulit pula pada RMB1199 (~RM759). Xiaomi Watch S2 46mm pula berharga RMB1099 (~RM696) dan RMB1299 (~RM822) untuk tali jenis kulit.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button