YouTube Courses Dilancarkan Di India Yang Menawarkan Video Tutorial Berbayar

Akaun YouTube dari India ialah guru yang tidak didendang kerana terdapat banyak tutorial percuma dalam Bahasa Inggeris diberikan secara percuma. Mesin pencetak rosak? Cari cara membaikinya di India? Saya sendiri menggunakan video tutorial dari India untuk membaiki peti ais yang tidak menyejuk semasa pandemik kerana tiada juru elektrik boleh datang ke rumah.

YouTube Courses dilancarkan Julai lalu yang membolehkan pemilik saluran menawarkan video berbayar untuk mengajar seperti Masterclass. Pada awalnya ia hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat tetapi ia kini dikembangkan pula ke India dalam bentuk ujian Beta. Ia kemudiannya akan diberikan kepada semua penghasil kandungan di India pada tahun 2023.

Di India Courses menyasarkan golongan guru yang ingin mengajar secara atas talian dengan video boleh dikenakan bayaran. Terdapat kuiz interaktif di akhir video pengajian untuk menguji tahap pemahaman murid yang mengikuti kelas.

India menjadi destinasi seterusnya kerana menurut YouTube di negara ini sahaja terdapat 60 juta video yang mengajar pelbagai kemahiran digital dan setiap 1 daripada 2 warga negara yang bekerja menggunakan YouTube untuk meningkatkan kemahiran peribadi.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button