info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Youtube Gantung Donald Trump Seumur Hidup

86views

SAN FRANCISCO, 27 Jan — Youtube menggantung Donald Trump daripada platform itu seumur hidup.

Syarikat itu juga menegaskan akan turut menghalang peguam kepada bekas presiden berkenaan, Rudy Giuliani daripada mendapat keuntungan melalui klipnya, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Tindakan itu dikenakan seminggu selepas syarikat gergasi sosial itu mengesahkan akan melanjutkan larangan ke atas saluran Trump yang memiliki kurang daripada 3 juta pengikut, bergabung dengan platform sosial lain, dalam usaha menghalang akaun sosialnya, berikutan rusuhan di Capitol pada 6 Januari lalu.

Syarikat milik Google kini berdepan beberapa kritikan rentetan maklum balas lembab berhubung keganasan di Washington, selain penyebaran teori konspirasi di platform itu.

“Di atas keprihatinan mengenai potensi keganasan yang berlaku, saluran Donald J Trump akan tetap digantung,” menurut jurucakap Youtube.

Syarikat itu dalam kenyataan berasingan, berkata akaun Giuliani akan disekat daripada Program Partner yang membolehkan pencipta memperoleh keuntungan daripada video mereka, selepas berulang kali melanggar dasar dengan menyiarkan maklumat mengelirukan mengenai pilihan raya AS.

Pemilik akaun berusia 76 tahun itu menyiarkan video berjudul “The Biden Crime Family’s Payoff Scheme” dan “Election Theft of the Century” di salurannya yang memiliki 600,000 pelayar.

Sekatan menjana pendapatan daripada klipnya itu dibuat ketika bekas datuk bandar New York itu, berdepan tuntutan saman berjumlah $1.3 bilion (RM5.26 bilion) daripada Dominion Voting Systems selepas mendakwa di media sosial kononnya, firma berkenaan terbabit dalam penipuan pilihan raya.

Berdasarkan peraturan Youtube, Giuliani akan diberi peluang membuat rayuan ke atas keputusan itu dalam 30 hari dengan syarat masalah utama diperbaiki. – AFP

Source Link