Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaZuraida masih menteri Kabinet

Zuraida masih menteri Kabinet

TOKYO, 28 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti biasa, selagi beliau (Ismail Sabri) tidak membuat keputusan.

Ismail Sabri berkata Zuraida boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai menteri Kabinet akan diputuskan selepas mereka bertemu kelak, bagi membolehkan beliau mendapat pencerahan mengenainya.

“Saya tak pecat, dia masih menteri Kabinet sehingga mesyuarat (Kabinet) Rabu ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo pada Sabtu, di akhir lawatan kerja rasminya ke Jepun.

Pada 26 Mei (Khamis) ketika Ismail Sabri berada di Jepun untuk lawatan kerja rasminya, media di Malaysia melaporkan Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta meninggalkan parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida juga dilaporkan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri dan dilaporkan akan berjumpa Ismail Sabri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular